Friday, January 14, 2011

Nanti ana ada projek bahasa melayu.Tapikan hmmm.......ana tak tau bila ana nak buat "post" pasal "PENGAMBARAAN DI MELAKA" yang ana kata minggu lepas.Tapi korang sabar jelah ye.Minta maaf ye,hhehehheehheehhe.Anakan nak cerita pasal projek..ish apa lah ana ni.Hah,,pasal projek Bahasa Melayu tu kan minggu keempat dalam Januari....tajuk nya ialah "Sekolahku Indah".Mlmh kata mana yang paling cantik akan di siarkan kat pameran b.m April ni.(buat dalam kumpulan ye) Korang ingat lukis ke..?Tak sebenar nya kena kumpul kotak lepas tu kena bina dan cat.(guna "colour water")Ana dah ada tujuh kotak dah,tapi kena kumpul banyak lagi kotak.Hehehehehhe sampai sini saje lah perbualan kita semua ye.(siapa yang tengok ana punya blog je)Jumpa lagi melalui internet ye.Bai dan assalamualaikum.

Sunday, January 2, 2011

PeRgI sEkOlAh!!!-_-

Assalamualaikum,sihat?Ana sihat.Ana tak sabar gi sekolah.Dah la esok,ana dah siap semua benda dah.Dulu ana guna komputer mak ana,tapi sekarang ana guna komputer kakak ana.(kakak ana beli komputer baru)Tak sabar nak jumpa kawan ana,jumpa Zuhairah,Safiyyah dan Alya.(kawan rapat ye)Pasal ana kata pada post lepas yang ana kata ana buat post bertajuk"PENGAMBARAAN DI MELAKA"tu ana tak boleh buat lagi.Sebab ana tak masukkan lagi gambar-gambar kat melaka lagi.So "next time"la ye.Pasal sekolah tu ye, harap korang tak sabar-sabar nak pergi sekolah.Harap semua orang ada azam baru dan tahun 2011 adalah tahun yang paling menyeronok dalam korang punya hidup.Harap korang lagi bersemangat untuk belajar pada tahun 2011.Sampai sini sahaje la ye lain kali tengok orang punya blog lagi.Siapa yang tengok blog ana jangan tak tengok lagi ye,teruskan tengo blog ana.Jangan pula tak tengok blog ana sebab takut terlepas apa-apa kang.Bai dan salam.

Tuesday, December 28, 2010

2011 KINI BERMULA!!!!!!

Assalamualaikum,dah lama sangat ana tak "sing in" kat blog ana ni.Ana nak cerita pasal 2011,ana tak sabar untuk pergi sekolah.Ana dah beli beg,kasut,kotak pensil,kotak warna,pakaian sekolah,stokin,botol air dan buku sekolah.(hehehehehe banyaknye barang 2 nina ni,macam ana ni kaya pulak)Ana tak sabar nak pergi sekolah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Korang dah beli ke belum?Satu lagi ana nak kata,tahun depan ana darjah 3.Makin susah la ye pelajaran nanti,tapi ana tak kisah sangat pasal tu.....yang ana kisah ana ke sekolah.Lain kali ana cerita paling best kali,cerita ana pasal"PENGEMBARAAN DI MELAKA".Jangan ketinggalan ye ,bai assalamualaikum.

Friday, November 19, 2010

HARI TAKRIM

Assalamualaikum,dah lama ana tak bukak blog ana.Hari ini ana nak cerita tentang hari takrim.Selasa 16 November,ana ada hari takrim.Ana dapat nombor 1 dalam kelas ana.Alhamdullillah,ana dapat nombor 1.Ana dapat lapan pelajaran yang paling tinggi.Masa ana naik pentas ,sekolah ana tak bagi piala satu-satu.Sekolah ana bagi satu beg je terus.So,ana naik je pakcik yang bagi hadiah tu dia kata "Boleh bawak tak ni,berat ni".So ana kata "boleh....",lepastu ana terus turun pentas.Ana dapat lapan piala dan enam buku b.melayu tahun 3.Mak ana datang lewat lepastu dia terkejut sebab ada lapan piala.Hahahahahahha.Ana nak ucapkan kepada semua orang yang tengok blog ana,"Selamat Hari Aidhil Adha".Itu jelah ucapan untuk hari ini.Bai salam.^_^

Friday, October 15, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KINI BERMULA!!!

Tak sabar nya lah peperiksaan akhir tahun.Dan tak sabar maksuk tahun 3 !!!!Nina kena belajar sungguh-sungguh.Masa ujian penggal ke dua ada dua pelajaran yang ana lemah.(lemah la jugak)Iaitu Matematik & B.Melayu.Matematik dapat 87 dan B.Melayu dapat 89.(kira Matematik paling lemah la...)Tulah tak sabar periksa,nanti boleh tau dapat markah berapa.Kepada semua yang menduduki SPM,PMR,SPPM,UPSR dan Peperiksaan akhir tahun.Sila belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang CEMERLANG.(ceh....macam drama lak pulak,tapi betul jugak)Ana doakan korang dapat keputusan cermelang.~amin~^_^ Itu jelah untuk hari ini ye bai salam.

Monday, September 20, 2010

TAHUN YANG AKAN DATANG ^_^

Wah!!Lagi tiga bulan nak dekat habis tahun.Tak sabar naik jadi darjah tiga.Lagi-lagi ada pelajaran baru.Iaitu tajwid.Wooooooooshhhh.........cepatnye bulan berlalu.Macam mesyin bulan.Hahahahahhhahahahha.Tak sabar masuk darjah tiga.Ye!!!Sabar nina .....sabar.Sekarang(hari selasa 14/8/2010)ana kat ofis mak ana,sebab darjah 6 ada UPSR.So...darjah 1,2,3 digalakkan cuti.Hari selasa,rabu dan khamis.Sebab itulah ana ikut mak ana pergi ofis.Tapi hari rabu ana tak ikut mak ana sebab ana pergi rumah kawan ana Safiyyah.Dia dikira jiran ana lah tapi dia jugak sekolah sama dengan ana.Mak ana kawan mak dia.Dikira ana boleh pergi rumah kawan ana bila-bila masa kalau mak ana bagi dan ada masa lapang.Tapi ...taklah setiap hari sebab ana susah nak pisah dengan kelurga ana buat sementara.Itu jelah ye.Bai dan salam.

Sunday, September 19, 2010

UJIAN PENGGAL KE-DUA ^_^

Ujian penggal ke-dua.Takutnyalah sebab nak dekat periksaan akhir tahun!!!Dahlah dah bulan September.Periksa bulan November pulak tu.Adui......tapi best jugak,sebab nak masuk darjah tiga.Cepat masa berlalu kan.Ujian dah buat(buat masa puasa,bagi tak banyak aktiviti yang perlu buat)so....cuti dua minggu.(raya)Lima keputusan muallimah dan muallim dah beri.Pelajaran yang dapat 100 ialah jawi,sirah,akhlak dan aqidah.Lepas tu pelajaran b.melayu dapat 89.....ana lemah dalam b.melayu,tapi ok jugak kan dari pada dapat bawah dari pada 80.Sekarang tunggu lima lagi keputusan.Kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.Jangan berputus asa ye,dan hargai apa yang dapat.Itu jelah apa yang ana nak cakap.Assalamualaikum dan bai-bai.