Hidup seorang muslimah menggejar keceriaan yang abadi. Ini tempat ana meluahkan perasaan ana sebagai muslimah...
Tuesday, December 28, 2010
2011 KINI BERMULA!!!!!!
Assalamualaikum,dah lama sangat ana tak "sing in" kat blog ana ni.Ana nak cerita pasal 2011,ana tak sabar untuk pergi sekolah.Ana dah beli beg,kasut,kotak pensil,kotak warna,pakaian sekolah,stokin,botol air dan buku sekolah.(hehehehehe banyaknye barang 2 nina ni,macam ana ni kaya pulak)Ana tak sabar nak pergi sekolah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Korang dah beli ke belum?Satu lagi ana nak kata,tahun depan ana darjah 3.Makin susah la ye pelajaran nanti,tapi ana tak kisah sangat pasal tu.....yang ana kisah ana ke sekolah.Lain kali ana cerita paling best kali,cerita ana pasal"PENGEMBARAAN DI MELAKA".Jangan ketinggalan ye ,bai assalamualaikum.
Friday, November 19, 2010
HARI TAKRIM
Assalamualaikum,dah lama ana tak bukak blog ana.Hari ini ana nak cerita tentang hari takrim.Selasa 16 November,ana ada hari takrim.Ana dapat nombor 1 dalam kelas ana.Alhamdullillah,ana dapat nombor 1.Ana dapat lapan pelajaran yang paling tinggi.Masa ana naik pentas ,sekolah ana tak bagi piala satu-satu.Sekolah ana bagi satu beg je terus.So,ana naik je pakcik yang bagi hadiah tu dia kata "Boleh bawak tak ni,berat ni".So ana kata "boleh....",lepastu ana terus turun pentas.Ana dapat lapan piala dan enam buku b.melayu tahun 3.Mak ana datang lewat lepastu dia terkejut sebab ada lapan piala.Hahahahahahha.Ana nak ucapkan kepada semua orang yang tengok blog ana,"Selamat Hari Aidhil Adha".Itu jelah ucapan untuk hari ini.Bai salam.^_^
Friday, October 15, 2010
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KINI BERMULA!!!
Tak sabar nya lah peperiksaan akhir tahun.Dan tak sabar maksuk tahun 3 !!!!Nina kena belajar sungguh-sungguh.Masa ujian penggal ke dua ada dua pelajaran yang ana lemah.(lemah la jugak)Iaitu Matematik & B.Melayu.Matematik dapat 87 dan B.Melayu dapat 89.(kira Matematik paling lemah la...)Tulah tak sabar periksa,nanti boleh tau dapat markah berapa.Kepada semua yang menduduki SPM,PMR,SPPM,UPSR dan Peperiksaan akhir tahun.Sila belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang CEMERLANG.(ceh....macam drama lak pulak,tapi betul jugak)Ana doakan korang dapat keputusan cermelang.~amin~^_^ Itu jelah untuk hari ini ye bai salam.
Monday, September 20, 2010
TAHUN YANG AKAN DATANG ^_^
Wah!!Lagi tiga bulan nak dekat habis tahun.Tak sabar naik jadi darjah tiga.Lagi-lagi ada pelajaran baru.Iaitu tajwid.Wooooooooshhhh.........cepatnye bulan berlalu.Macam mesyin bulan.Hahahahahhhahahahha.Tak sabar masuk darjah tiga.Ye!!!Sabar nina .....sabar.Sekarang(hari selasa 14/8/2010)ana kat ofis mak ana,sebab darjah 6 ada UPSR.So...darjah 1,2,3 digalakkan cuti.Hari selasa,rabu dan khamis.Sebab itulah ana ikut mak ana pergi ofis.Tapi hari rabu ana tak ikut mak ana sebab ana pergi rumah kawan ana Safiyyah.Dia dikira jiran ana lah tapi dia jugak sekolah sama dengan ana.Mak ana kawan mak dia.Dikira ana boleh pergi rumah kawan ana bila-bila masa kalau mak ana bagi dan ada masa lapang.Tapi ...taklah setiap hari sebab ana susah nak pisah dengan kelurga ana buat sementara.Itu jelah ye.Bai dan salam.
Sunday, September 19, 2010
UJIAN PENGGAL KE-DUA ^_^
Ujian penggal ke-dua.Takutnyalah sebab nak dekat periksaan akhir tahun!!!Dahlah dah bulan September.Periksa bulan November pulak tu.Adui......tapi best jugak,sebab nak masuk darjah tiga.Cepat masa berlalu kan.Ujian dah buat(buat masa puasa,bagi tak banyak aktiviti yang perlu buat)so....cuti dua minggu.(raya)Lima keputusan muallimah dan muallim dah beri.Pelajaran yang dapat 100 ialah jawi,sirah,akhlak dan aqidah.Lepas tu pelajaran b.melayu dapat 89.....ana lemah dalam b.melayu,tapi ok jugak kan dari pada dapat bawah dari pada 80.Sekarang tunggu lima lagi keputusan.Kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.Jangan berputus asa ye,dan hargai apa yang dapat.Itu jelah apa yang ana nak cakap.Assalamualaikum dan bai-bai.
Tuesday, September 14, 2010
HARI RAYA KEMBALI LAGI!!!!
Hari raya kembali lagi.Bulan ramadhan sudah pergi,Cepatnyalah ramadhan habiskan.Memang seronok berpuasa.Bila tibanya hari raya,itulah masanya kita bermaafan dan menziarahi sanak saudara.Ana nak ceritakan kisah ana.Pada hari khamis,(last raya)pukul 4 : 00 am. Ana menziarahi embah lanang dan embah bedok(atuk dan nenek ana ye.Jangan salah faham.)ana.Ana pergi kampung belah ayah.Kampung ana di Lembah Beringin.Ana tinggal di sana dua hari sahaja.Pada hari jumaat.(raya)Ana dan keluarga ana pun bersiap sedia untuk raya.Baju raya tahun ni warna kelabu.Tibalah sesi hari raya bermaafan.Dah salam semuanya,tibalah masanya untuk kira duit raya.(heheheheheheheheh)Duit raya kampung adalah RM 52.00 !!!!Banyakkan.Pada malam itu ana terpaksa berpisah dengan embah,saudara dan kawan-kawan ana.Pada hari sabtu,pukul 5 : oo am.Ana pula menziarahi kampung belah mak saya.Kampung ana di Kampung Padang Pahang.Ana tinggal di sana selama 4 hari.Tau tak kenapa lama berbanding kampung belah ayah.Sebab,kampung belah mak jarang kita pergi.Sebab, atuk dan nenae ana dah lama meninggal.Sebab itulah kita jarang pergi kampung belah mak.Ana beli bunga api panjang,bunga api besi dan mercun mancis.Itu jelah,lain kali ana cerita lagi ye salam dan bye - bye.
Tuesday, August 24, 2010
UJIAN PENGGAL KEDUA
Salam..ape khabar? ujian penggal kedua dah datang dah.bukan periksa tapi ujian.minggu ni ade ujian Sirah,Matematik,Feqah,BM kertas pertama kot.
Hari Jumaat nanti kitorang cuti sekolah.Sebab entah.Tapi yang tahu nye..darjah enam atau darjah lima UPSR.kitorg kene lah cuti.korang camana pelan? ..kalau korang ade ujian,belajar rajin2 nanti barulah cemerlang.Amin...
Ana dah bace baru je tiga juzuk sebab alBaqarah panjang lah sangat kan.emm korang?Nina tak tahu nak cakap ape lagi.Lain kali cerita lagi.Salam,bai..
Hari Jumaat nanti kitorang cuti sekolah.Sebab entah.Tapi yang tahu nye..darjah enam atau darjah lima UPSR.kitorg kene lah cuti.korang camana pelan? ..kalau korang ade ujian,belajar rajin2 nanti barulah cemerlang.Amin...
Ana dah bace baru je tiga juzuk sebab alBaqarah panjang lah sangat kan.emm korang?Nina tak tahu nak cakap ape lagi.Lain kali cerita lagi.Salam,bai..
Subscribe to:
Comments (Atom)