Saturday, August 31, 2013

Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit!!!

Assalamualaikum...hari ni ana nak cerita pasal impian ana..Yang ana akan cuba dapat sampai dapat.
Ok,semuanya bermula bila ana ngan mak ayah ana pergi rumah terbuka..Dalam kereta,mak ana kata "Tahun depan insyaallah,ummi ngan abah pergi umrah" "Kalu camtu,nina boleh ikut kan??!! Bolehla,.nina nak jugak ikut ummi abah pergi umrah"....HAH! ITULAH IMPIAN ANA YANG BERBADAN KOCIK NI.. :)  UNTUK PERGI UMRAH!!!














Selepas peristiwa itu,ana terus buat plan dan tabung untuk ana kumpul duit.Mak ayah ana kata seorang mungkin RM5000 keatas.Fuhhh...MAHALNYA!! Ana nak sangat sangat sangat sangat ziarah kubur nabi dan jabal rahmah.Bila duduk depan makam nabi,ana nak sangat beri salam kat nabi.Sebab bila duduk depan makam tu,ana rasa macam berdepan dengan nabi sendiri. .Dan kalau boleh,ana nak pegang kaabah.EERRGGHHH!! NAK PERGI!!! ~cool....cool..cool..~ haha.Tolong doakan ye?? Ana harap ana dapat pergi...~amin~Itu sahaja. Assalamualaikum.. :)

Thursday, August 29, 2013

Pengalaman bertuah... :)

Assalamualaikum...Apa khabar?? Pelik,marah,sedih..Tak pe,ana nak cerita pasal satu peristiwa yang jarang dapat..Cerita begini,ana kat sekolah macam biasa.Tapi,kawan ana seorang tu tak datang..Nama dia Rina (bukan nama sebenar) Rina selalu solat dhuha ngan kawan ana masa rehat,Sofi.(bukan nama sebenar gak)Tapi,masa ana pergi rehat.Kawan ana Sofi tu pergi musolla untuk solat dhuha tanpa Rani.Ana kat kelas sebab tak sempat ikut.(Dia tak ajak ana pun) Sofi datang lambat sikit.Muka dia macam terkejut.Selepas ditanya,dia kata takde apa-apa pun..Berapa minit kemudian,dia mintak ana teman dia pergi pejabat.So,ok ana setuju.Kat pejabat,dia kata nak call mak dia sebab pening kepala...Ana macam..."Errr tetibaje? Tadi ok je" Kawan ana tu macam muram bila mintak nak call. Kat meja kerani tu ada muallimah ana yang pernah ajar ana...dan ana ngan Sofi selalu speaking ngan muallimah tu..Muallimah tanya "What's wrong?" Ana:"Nothing...it just that Sofi has a trauma,I guess?" "A trauma? But why??" "I don't know teacher..When she comes to the classroom,her eyes was so wide.Like she just saw something..Hmmm" "Sofi,what's wrong?" Selepas dah habis call mak dia,dia pun cerita apa yang berlaku..."I went to the mosque and it was empty...I went upstairs and I saw two person in a bright white praying..After praying,they doa'.They look like they were in a war.With some blood on their shirt.In their doa',they ask why do the bad guys attack us?? Why?? Why??" Sofi menangis bila cerita...



Ana rasa bersalah sebab tak memahami kawan ana tu.Pastu dia sambung lagi.."When I took a wudhu' and turn to them, they were gone.." masih menangis..Muallimah ana tenangkan Sofi dengan kata yang dia tu bertuah dapat jumpa sebab ramai yang lain tak dapat rasa pengalaman dia tu..Lepastu,dia pergi bilik rawatan sebab muallimah ana suruh dia rehat..Lepastu dia balik...

Begitu bertuah orang yang dapat jumpa "orang" tu...Hmmmm..Itu sahaja..Asslamualaikum.. :)

Wednesday, August 28, 2013

Pray for EGYPT!!

Assalamualaikum...Sekarang ni,cerita paling famous cerita tentang Mesir.Tentera lawan rakyatnya sendiri..Hmmmm..apalah nak jadi.Patutnya,tentera melindungi negaranya,bukan merampas! Ana pun tak faham kenapa dan bagaimana setengah orang menyokong pihak rampasan itu dan mengatakan pihak yang menolak rampasan itu dipanggil sebagai pemberotak..Presiden Morsi adalah presiden yang sah dipilih rakyat..Dan baruje setahun Morsi memerintah..Tapi,nak kata apa-apa pun tak boleh..sebab ana hanyalah seorang budak,so ana teruskan ye? Hmmm..bila ana melihat video-video dan tangisan rakyat Mesir, ia membuat hati ana sangat sedih.Mungkin mereka kehilangan seorang ayah,ibu,suami,isteri mahupun anak..Pelbagai jenis senjata digunakan untuk membunuh ribuan rakyat Mesir..Daripada senjata pepejal hingga yang paling teruk sekali,senjata kimia.Lepas dah lalui penderitaan itu,media hanya senyap..Hanya segelintir yang masih sedar akan tipu duniawi..Sebaliknya,kalau para jihadah islam menyerang serangan yang sikit je...Fiuuhhsss,semua media berlumba-lumba..Dan,yang part paling rasa nak tumbuk je orang tu adalah bila mereka melabelkan para jihadah islam, "terrorist" atau "extreme terrorist"..sampai ada yang lebih mega lagi.."extremist jihadist terrorism most dangerous terrorist" Fushh....pandai buat nama ye? Padahal yang berlaku adalah yang sebaliknya..Pihak rampasan sudah mengeluarkan senjata yang paling bahaya.Dan media..like always..hmmm.Juga,terdapat salah seorang raja negara (tak ingat raja negara mana :3) membuat tanda utuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Mesir. Iaitu:-


So,jom buat ramai-ramai..Tanda kita sokong pihak yang menentang kuasa rampasan. Lambang ini menunjukkan nombor 4 dalam bahasa arab... Sebagai ringkasan, Simbol 4 (arab : Rabi'ah) ini melambangkan Medan Rabiatul Adawiyah, Medan terbesar pro demokrasi berkumpul berdemonstrasi dan juga merupakan tempat peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh kudeta tentera. Ini adalah kempen solidariti global bagi mengecam kudeta tentera Mesir.
Dan yang paling kini...tentera Mesir diarahkan oleh ketua tentera: As-sisi untuk mengarahkan jentolak untuk meruntuhkan khemah yang di dalamnya masih ada jenazah-jenazah para syuhada' pada tragedi 14 Ogos yang mengorbankan ribuan nyawa.Ish3 zalimnya!!!

Terdapat juga gambar dari mesir yang sangat menyedihkan hati ana..


gambar seorang ibu menatap mayat anaknya.....


salah satu tempat pembunuhan beramai-ramai


mangsa senjata yang ditembak senapang yang apabila berada di dalam badan,ia beroperasi mehancurkan organ-organ kat dalam hancur...


salah satu mangsa syahid


budak yang comel ini dibunuh bersama ribuan kanak-kanak yang lain..

KENAPA BEGINI????!!!!!

Itu sahaja...#prayforEGYPT Jom support Morsi supaya dikembalikan pemerintahan negara kepadanya..Assalamualaikum.. :)

Friday, August 23, 2013

Salam Raya.. :)

Assalamualaikum....setahun sudah berlalu..kini,ana dah umur 11 tahun,.Lama tul ana tak bukak.Ramadhan dah meninggalkan kita,kini syawal menjeput kita..cehh..ayat ana macam apa je.Hah..itulah yang ana nak post hari ni..Salam Raya. Kalau dengar pasal raya mesti ingat ketupat,bunga api,mercun,balik kampung..dan sebagai budak,DUIT RAYA!! ish3 teruknyalah ana ni..hehehe :3 Tahun ni punya raya macam kurang sikit meriahnya..Masa hari terakhir Ramadhan,ana tak rasa pun puasa sebulan..it's like miracle! Rasa macam semalam aje baru puasa.Tahun ni raya mula ngan kampung abah dekat Hulu Selangor..Tapi,ramai sedara balik kampung lain..lagi2 yg dah kahwin..habis kurang dapat duit raya.hehe :3 pagi2 tu gilir2 mandi sbb tandasnya ada dua je..Nak dikongsi dengan berpuluh sedara memang sampai ada yang berjanggut lagi.Sebaik perempun tak berjanggut. :3 Lepas mandi pakai baju raya!! Tema tahun ni warna biru..Lepas solat sunat raya,semua berkumpul kat ruang tengah..Tibalah masanya untuk bermaaf-maafan..Masa tu memang dramatic betul. Bermula dengan pasangan tertua hingga lah ke anak cucu cicik..Menangis-nangis masa tu..Tapi,ada gak sedara lelaki yang tahan tangisannya..hehe kelakar :3 Nak sambung memang panjang,so ana teruskan ke hari kedua raya..Ana sambut hari kedua kat kampung mak kat Pahang. Sebab pagi tu ada majlis kat kubur..(tak tau nak panggil majlis ke kenduri) Yela..baca doa semua la..Lepas sudah habis,budak2 bawah umur 12 tahun (only) dapat duit raya..hehe best! Nak cerita pasal mercun,of course la semua tahu...sebaik takde yang hilang tangan masa tu.Semua jernis mercun ada..mercun gasing,mercun ketupat,mercun naga,mercun mancis,mercun bola dan mercun roket. Untung kalau jual ni.Tapi bukan ana punyalah..abang sedara ana punya...Macam biasa,pergi ziarah sedara-mara..Sampai ada yang tak kenal..haha yela..mana kenal masa kecik2 dulu..duit raya tak boleh cakap..Sebab nanti ada yang jealous..hehe :3 Itu sahaja untuk Raya kali ini..see you next time..Bai2 Assalamualaikum..