Friday, December 23, 2011

Meneroka 1 Malaysia

Assalamualaikum,dah lama tak menulis kat blog.Hari ini nak cerita pasal meneroka Malaysia.9 sampai 12 disember.Ana mula-mula pergi kedah awal pagi.Sebab ada wedding sedara.Ayah dah tempah hotel 4 bintang.1 malam je.Bila habis wedding,terus pergi Perak.Saje-saje pergi bercuti.Ayah dah tempah resort dekat Lumut,Teluk Batik.Bilik jenis keluarga.Ada ruang tamu,semua lah.Keesokan hari pulak,ana pergi Lumut Waterpark.Besssttt sangat.Alhamdulillah,sempat naik boat.30 minit je.Mula-mula duduk kat tepi,lepastu duduk kat depan,(ayah tak bagi naik sebab bahaya dan laju)lepastu pula kat belakang.Lajuuuuu.Basah kat belakang sebab hujan biasa je.Angin dia Fuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhh.......menggigil badan.Keluarga ana biasa beli gambar magnet sebab suka collect kat peti ais.Beli lah 6.3 jenis haiwan:ketam,kumbang dan prawn.3 lagi gambar unik.Itu jelah untuk hari ini.Baiiiii! Assalamualaikum:D

Saturday, July 23, 2011

Blog Yang Baru

Assalamualaikum,ucapan ana ni sikit je.Sebab ana nak kata yang ana buat blog baru.Nama tajuk dia "Adventure Of My Life" di http://sebesarjiwa.blogspot.com/.Ana nak minta tolong follow ye...ana buat dalam bahasa english.Sesiapa yang tak tau bahasa english tu minta maaf.Itu jelah ye,bai dan assalamualaikum.

Wednesday, June 15, 2011

RAMADHAN kembali lagi..!!

Assalamualaikum,percaya tak korang yang ramadhan kembali lagi.....ana tak sabar nak puasa sebab ana ada sebab yang boleh kita semua dapat pahala.Iaitu hadis Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa penuh dengan kesabaraan dan keimanan,nescaya allah akan mengampunkan semua dosa-dosa kita yang dah lepas dan yang akan datang seperti pasir halus di tepi pantai' (nina tak hafal sangat tapi makna hadis ni sama la jugak dengan makna yang betul) Harapan nina untuk dapat bepuasa dengan kesabaran dan keimanan.Dalam ramadhan,kita kena banyak bersabar tau kalau tak,tak dapat pahala.Nina suka berpuasa sebab boleh jimat makanan,antara sunnah nabi,dan boleh dapat pahala.Harap ramai orang berpuasa pada bulan ramadhan iaitu Ogos.Lagipun,ramadhan adalah bulan yang paling best sekali sebab takda syaitan pun.Sebab kena gari kat neraka.Tapi masalahnya ialah nafsu je.Kalau nafsu baik bolehla kan,tapi nafsu jahat ni....tak tau lah.Ini jelah post nina untuk hari ini.Bai dan assalamualaikum..

Saturday, April 30, 2011

MATH SONG~

Assalamualaikum teman-teman yang ku rindu.Ana nak cerita kan pasal bulan MEI.Nanti 21 mei nina punya hari jadi,bulan Mei pun ada banyak aktiviti nina boleh buat. Minggu ni minggu math,so banyak lah aktiviti-aktiviti math.Puzzle math nina dapat nombor 2.Ok la tu.Nina masuk aktiviti math song,dengan kumpulan sendiri.Nina dah ada lagu untuk kump nina.Senang je,nina punya lagu.Kump nina seramai 11 orang.Nina dah ada plan dah nak buat macam mana.Nak gerak ke depan,belakang, tepi semua nina dah tau macam mana nak buat.Tunggu hari Selasa nanti nina tengok ahli nina hafal ke tak.Sebab nina sebagai ketua kena pasti ahli nina ready.Buat persembahan kat kelas,kump mana yang menang akan tunjuk dekat perhimpunan.Wish my team is a lucy team.Kalau ada rezeki harap kump nina dapat menang.~Amin~.Ini untuk hari ini saje lah.Bai,assalamualaikum...... :p

Friday, April 8, 2011

ROBOT

Assalamualaikum,dah lama ana tak buat post baru. Pelajaran B.M buat projek.Buat robot,nina bukan buat robot dengan kumpulan....nina buat dengan semua banat kat kelas nina.Best sangat buat robot Malaysia.Robot tu pakai bendera Malaysia.Kitaorang nama kan robot tu ialah"Alex 2011 2xd2".Sedap la jugak,Alex ada telinga panjang,ada kasut.Warna Alex ialah warna biru.Semua badan Alex warna biru.Alhamdullilah dah siap dah robot nina.Masa depan nanti mesti banyak lagi projek,lagilah banyak post dalam nina punya blog nina.hehhehehe,Semoga semua yang baca post nina ni sihat dan ceria.Sekarang nina ada fb baru ,siapa ada fb kawan ngan nina tau.(yang nina kenal saja)Itulah saja nina nak cakap hari ini,bai dan assalamualaikum.>_<

Friday, February 25, 2011

HARI sUkAn!!! ^_^

Assalamualaikum,ana dah lama tak buat post, bacalah ye post ana ni yang tak berapa pendek macam dulu.Bulan ini ada sukan,ana rumah merah lagi.Ana masuk acara lumba lari individu.(sorang-sorang je) Ana rumah yang sama selama tiga tahun.Tapi takpa,sebab tahun lepas rumah merah menang juara.(sekolah rendah)Harap tahun ini sama lagi,dapat nombor satu!Tapi ana benci jugak sebab ana tak masuk bola baling!Sebab ana suka main bola baling.Huhuhuhuh,tapi takpa sebab ana masuk lumba lari individu pun dah ok.Walaupun lambat lagi tapi ana tak sabar nak lawan rumah lain.Tapi yang bermasalah ni adalah projek B.M ni hah.Belum siap lagi lah,benci betul.Bila nak buat tu ana rasa malas pulak sebab sekarang pulak cuti.Hai nina nina.Tapi "anywhere" rumah merah akan menang punya,cewah.Adui ana bosan la,dah la ym kat computer takda,tau bukak blog pun dah cukup.Rasa macam nak main games la pulak tapi tak boleh.^_^ Ini jelah untuk hari ini,lain kali ana buat post lagi lepastu korang baca.Bai dan assalamualikum. :)

Friday, January 14, 2011

Nanti ana ada projek bahasa melayu.Tapikan hmmm.......ana tak tau bila ana nak buat "post" pasal "PENGAMBARAAN DI MELAKA" yang ana kata minggu lepas.Tapi korang sabar jelah ye.Minta maaf ye,hhehehheehheehhe.Anakan nak cerita pasal projek..ish apa lah ana ni.Hah,,pasal projek Bahasa Melayu tu kan minggu keempat dalam Januari....tajuk nya ialah "Sekolahku Indah".Mlmh kata mana yang paling cantik akan di siarkan kat pameran b.m April ni.(buat dalam kumpulan ye) Korang ingat lukis ke..?Tak sebenar nya kena kumpul kotak lepas tu kena bina dan cat.(guna "colour water")Ana dah ada tujuh kotak dah,tapi kena kumpul banyak lagi kotak.Hehehehehhe sampai sini saje lah perbualan kita semua ye.(siapa yang tengok ana punya blog je)Jumpa lagi melalui internet ye.Bai dan assalamualaikum.

Sunday, January 2, 2011

PeRgI sEkOlAh!!!-_-

Assalamualaikum,sihat?Ana sihat.Ana tak sabar gi sekolah.Dah la esok,ana dah siap semua benda dah.Dulu ana guna komputer mak ana,tapi sekarang ana guna komputer kakak ana.(kakak ana beli komputer baru)Tak sabar nak jumpa kawan ana,jumpa Zuhairah,Safiyyah dan Alya.(kawan rapat ye)Pasal ana kata pada post lepas yang ana kata ana buat post bertajuk"PENGAMBARAAN DI MELAKA"tu ana tak boleh buat lagi.Sebab ana tak masukkan lagi gambar-gambar kat melaka lagi.So "next time"la ye.Pasal sekolah tu ye, harap korang tak sabar-sabar nak pergi sekolah.Harap semua orang ada azam baru dan tahun 2011 adalah tahun yang paling menyeronok dalam korang punya hidup.Harap korang lagi bersemangat untuk belajar pada tahun 2011.Sampai sini sahaje la ye lain kali tengok orang punya blog lagi.Siapa yang tengok blog ana jangan tak tengok lagi ye,teruskan tengo blog ana.Jangan pula tak tengok blog ana sebab takut terlepas apa-apa kang.Bai dan salam.