Tuesday, December 28, 2010

2011 KINI BERMULA!!!!!!

Assalamualaikum,dah lama sangat ana tak "sing in" kat blog ana ni.Ana nak cerita pasal 2011,ana tak sabar untuk pergi sekolah.Ana dah beli beg,kasut,kotak pensil,kotak warna,pakaian sekolah,stokin,botol air dan buku sekolah.(hehehehehe banyaknye barang 2 nina ni,macam ana ni kaya pulak)Ana tak sabar nak pergi sekolah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Korang dah beli ke belum?Satu lagi ana nak kata,tahun depan ana darjah 3.Makin susah la ye pelajaran nanti,tapi ana tak kisah sangat pasal tu.....yang ana kisah ana ke sekolah.Lain kali ana cerita paling best kali,cerita ana pasal"PENGEMBARAAN DI MELAKA".Jangan ketinggalan ye ,bai assalamualaikum.

Friday, November 19, 2010

HARI TAKRIM

Assalamualaikum,dah lama ana tak bukak blog ana.Hari ini ana nak cerita tentang hari takrim.Selasa 16 November,ana ada hari takrim.Ana dapat nombor 1 dalam kelas ana.Alhamdullillah,ana dapat nombor 1.Ana dapat lapan pelajaran yang paling tinggi.Masa ana naik pentas ,sekolah ana tak bagi piala satu-satu.Sekolah ana bagi satu beg je terus.So,ana naik je pakcik yang bagi hadiah tu dia kata "Boleh bawak tak ni,berat ni".So ana kata "boleh....",lepastu ana terus turun pentas.Ana dapat lapan piala dan enam buku b.melayu tahun 3.Mak ana datang lewat lepastu dia terkejut sebab ada lapan piala.Hahahahahahha.Ana nak ucapkan kepada semua orang yang tengok blog ana,"Selamat Hari Aidhil Adha".Itu jelah ucapan untuk hari ini.Bai salam.^_^

Friday, October 15, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KINI BERMULA!!!

Tak sabar nya lah peperiksaan akhir tahun.Dan tak sabar maksuk tahun 3 !!!!Nina kena belajar sungguh-sungguh.Masa ujian penggal ke dua ada dua pelajaran yang ana lemah.(lemah la jugak)Iaitu Matematik & B.Melayu.Matematik dapat 87 dan B.Melayu dapat 89.(kira Matematik paling lemah la...)Tulah tak sabar periksa,nanti boleh tau dapat markah berapa.Kepada semua yang menduduki SPM,PMR,SPPM,UPSR dan Peperiksaan akhir tahun.Sila belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang CEMERLANG.(ceh....macam drama lak pulak,tapi betul jugak)Ana doakan korang dapat keputusan cermelang.~amin~^_^ Itu jelah untuk hari ini ye bai salam.

Monday, September 20, 2010

TAHUN YANG AKAN DATANG ^_^

Wah!!Lagi tiga bulan nak dekat habis tahun.Tak sabar naik jadi darjah tiga.Lagi-lagi ada pelajaran baru.Iaitu tajwid.Wooooooooshhhh.........cepatnye bulan berlalu.Macam mesyin bulan.Hahahahahhhahahahha.Tak sabar masuk darjah tiga.Ye!!!Sabar nina .....sabar.Sekarang(hari selasa 14/8/2010)ana kat ofis mak ana,sebab darjah 6 ada UPSR.So...darjah 1,2,3 digalakkan cuti.Hari selasa,rabu dan khamis.Sebab itulah ana ikut mak ana pergi ofis.Tapi hari rabu ana tak ikut mak ana sebab ana pergi rumah kawan ana Safiyyah.Dia dikira jiran ana lah tapi dia jugak sekolah sama dengan ana.Mak ana kawan mak dia.Dikira ana boleh pergi rumah kawan ana bila-bila masa kalau mak ana bagi dan ada masa lapang.Tapi ...taklah setiap hari sebab ana susah nak pisah dengan kelurga ana buat sementara.Itu jelah ye.Bai dan salam.

Sunday, September 19, 2010

UJIAN PENGGAL KE-DUA ^_^

Ujian penggal ke-dua.Takutnyalah sebab nak dekat periksaan akhir tahun!!!Dahlah dah bulan September.Periksa bulan November pulak tu.Adui......tapi best jugak,sebab nak masuk darjah tiga.Cepat masa berlalu kan.Ujian dah buat(buat masa puasa,bagi tak banyak aktiviti yang perlu buat)so....cuti dua minggu.(raya)Lima keputusan muallimah dan muallim dah beri.Pelajaran yang dapat 100 ialah jawi,sirah,akhlak dan aqidah.Lepas tu pelajaran b.melayu dapat 89.....ana lemah dalam b.melayu,tapi ok jugak kan dari pada dapat bawah dari pada 80.Sekarang tunggu lima lagi keputusan.Kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.Jangan berputus asa ye,dan hargai apa yang dapat.Itu jelah apa yang ana nak cakap.Assalamualaikum dan bai-bai.

Tuesday, September 14, 2010

HARI RAYA KEMBALI LAGI!!!!

Hari raya kembali lagi.Bulan ramadhan sudah pergi,Cepatnyalah ramadhan habiskan.Memang seronok berpuasa.Bila tibanya hari raya,itulah masanya kita bermaafan dan menziarahi sanak saudara.Ana nak ceritakan kisah ana.Pada hari khamis,(last raya)pukul 4 : 00 am. Ana menziarahi embah lanang dan embah bedok(atuk dan nenek ana ye.Jangan salah faham.)ana.Ana pergi kampung belah ayah.Kampung ana di Lembah Beringin.Ana tinggal di sana dua hari sahaja.Pada hari jumaat.(raya)Ana dan keluarga ana pun bersiap sedia untuk raya.Baju raya tahun ni warna kelabu.Tibalah sesi hari raya bermaafan.Dah salam semuanya,tibalah masanya untuk kira duit raya.(heheheheheheheheh)Duit raya kampung adalah RM 52.00 !!!!Banyakkan.Pada malam itu ana terpaksa berpisah dengan embah,saudara dan kawan-kawan ana.Pada hari sabtu,pukul 5 : oo am.Ana pula menziarahi kampung belah mak saya.Kampung ana di Kampung Padang Pahang.Ana tinggal di sana selama 4 hari.Tau tak kenapa lama berbanding kampung belah ayah.Sebab,kampung belah mak jarang kita pergi.Sebab, atuk dan nenae ana dah lama meninggal.Sebab itulah kita jarang pergi kampung belah mak.Ana beli bunga api panjang,bunga api besi dan mercun mancis.Itu jelah,lain kali ana cerita lagi ye salam dan bye - bye.

Tuesday, August 24, 2010

UJIAN PENGGAL KEDUA

Salam..ape khabar? ujian penggal kedua dah datang dah.bukan periksa tapi ujian.minggu ni ade ujian Sirah,Matematik,Feqah,BM kertas pertama kot.
Hari Jumaat nanti kitorang cuti sekolah.Sebab entah.Tapi yang tahu nye..darjah enam atau darjah lima UPSR.kitorg kene lah cuti.korang camana pelan? ..kalau korang ade ujian,belajar rajin2 nanti barulah cemerlang.Amin...
Ana dah bace baru je tiga juzuk sebab alBaqarah panjang lah sangat kan.emm korang?Nina tak tahu nak cakap ape lagi.Lain kali cerita lagi.Salam,bai..

Wednesday, August 18, 2010

KELUARGA SAYA.



Ana nak cerita pasal keluarga ana.Ok,sekarang bermula dengan abah saya.Nama abah saya ialah MOHD HARIFFIN BIN BOOSROH.Umur abah saya ialah 45 tahun.Dia berasal dari SELANGOR.Abah saya bekerja sebagai GENERAL MANAJER TMBR.Dia seorang bapa yang baik hati.Saya sayang abah saya.


Nama umi saya ialah HAMISAH BINTI MUBIN.Umur umi saya ialah 45 tahun. (sama je) Dia berasal dari PAHANG.Umi saya bekerja sebagai EKSEKUTIF MEDICAL INTEREST GROUP(MIG).(pejabat)Dia seorang ibu yang tegas.Saya sayang umi saya.


Saya ada enam adik-beradik.Dua lelaki empat perempuan.Abang saya bernama IKRAM BIN MOHD HARIFFIN.Dia lahir pada oktober 1990.Dia seorang abang yang ikhlas dan baik hati.Dia selalu menengok tv dan komputer.

Kakak saya bernama IZYANA BINTI MOHD HARIFFIN.Dia lahir pada Jun 1992.Dia seorang yang rajin dan suka belajar dan suka tidur.Izyana suka berbual dalam komputer(dalam facebuk atau blog)Izyana suka berubah perasaan dan membebel

Kakak saya bernama IZZATI BINTI MOHD HARIFFIN.Dia lahir pada disember 1994(dia lompat).Dia seorang yang pandai memasak dan selalu membebel.Saya suka izzati masak ayam masak merah dengan nasi goreng.Dia suka korea dan suka kumpulan 2pm yang paling dia suka woo young.

Abang saya bernama IHSAN BIN MOHD HARIFFIN.Dia lahir pada oktober 1996(sama dengan abang Ikram).Dia dulu selalu membaling bantal sekarang sibuk dengan henpon Ihsan malas membuat satu kerja iaitu membasuh bawah arnab.Ihsan ada bakat untuk melukis.

Kakak saya bernama IZDIHAR BINTI MOHD HARIFFIN.Dia lahir pada ogos 1998(dia lompat macam kakak izzati).Izdihar suka membebel dan suka main permainan korea dengan nina.

Sayanglah ahli keluarga.kasihilah keluarga ataupun dia takde pada suatu hari nanti.

IKRAM dan IZYANA universiti uniten.IZZATI,IHSAN,IZDIHAR dan SAYA bersekolahan SRI AL-AMIN BANGI.Sampai sini jelah bye salam.

RaMaDhAn DaH dAtAnG.

Salam apa khabar?Sihat?Ramadhan dah datang dah.Ya Allah,patutnya ana buat cepat.Tak silap ana tinggal seminggu je lagi.Korang puasa tak?Siapa puasa pada bulan Ramadhan wajib dapat duit raya sebab dia puasa.Kalau tak puasa kena potong duit.Ceh,saje jelah jangan percaya sangat.Dah buat pesiapan ke belum ni?Ish ana ni belum dekat lagi dah cakap.Sorryla ye.Mesti korang tak saba rayakan.Kalau ada relakslah dulu.Ana rasa macam puasa bulan ni macam best la pulak.Yelah dapat duit untuk tabungan.sampai ini sajelah ok, bye salam.

Saturday, August 7, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK ^_^

Puasa nak dekat dah.Ye........tak sabar ana nak puasa penuh.Korang macam mana?Korang ada tak azam untuk puasa?Kalau ada baguslah he~.Ana tak sabar puasa boleh mendatangkan pahala,kesabaran ,dan solat tarawikh yang paling best adalah jadi kurus...ceh saje je he he.Ana harap korang dapat puasa penuh ~amin~dan lagi satu korang kalau pergi masjid atau surau kalau korang tak solat tarawikh jangan main di dalam masjid atau surau ok ingat tau.Itu saja assalamualaikum bai....

Saturday, July 10, 2010

OfIcE mAk

Hari ni pergi ofice mak sebab sekolah cuti.So ana ikut mak ana pergi ofice.Ramai orang terkejut ana ada sebab ana tak biasa pergi ofice mak ana.Ana berkenalan dengan ramai orang.Ana kenal tiga orang kakak.Ana lupa nama dia tapi ana ambik e-meil dia orang sekali.Kesian ana,ana selalu dapat e-meil orang besar.huhu~.Sebab kalau budak pun macam g-mail camtu ana yahoo tak boleh nak bersama dengan dia orang.huhu~.Hem.....tak apa nina tak apa,Lainkali ana cerita lagi eh.....bai!!!Salam.

Thursday, July 8, 2010

PeRgI RuMaH kAwAn

Hari semalam ana pergi rumah kawan saya.Nama dia Safiyyah b.t Mohd Adli.Tidur dua pagi dua malam.Best sebab ada Tisha dia kawan saya jugak dan Safiyyah.Malam-malam kita orang tidur pukul 1:20 camtu lah.Lagipun sebab kita orang main bantal-bantal,gaya-gaya dan lawak-lawak.Best,sebab las-las tak ngantuk.......kita orang pergi luar tengok tv.Keesokannya kita orang pergi shopping dekat "Jayen Nilai".Lepastu pergi makan kat "Chiken Rice Shop".Sedap,ana habis ayam,nasi,sup dan air pepsi.Semua dalam perut nina he he.Nanti nina cakap lagi bai salam.

Wednesday, July 7, 2010

HARI PUASA ^_^

Hari Puasa nak dekat dah.Tak sabarnyalah adui...........tapi mesti best puasa kali ni sebab nina suka puasa dah.Korang suka tak puasa kali ni?Ni mesti ada orang tak suka ni kan.Ceh........saje tengok tapi kalau betul ada orang tak suka.Kena potong duit ni.Ha....ha....hem,hem.(he he~)Nina nak puasa penuh,SEBULAN!!Lagi pun tinggal sebulan je lagi tak sabarnye.Ana harap semua orang puasa penuh macam ana.Bai jumpa lagi.Salam.

Saturday, July 3, 2010

BANYAKNYE..........

Banyaknye hari jadi orang pada bulan julai.Tiga orang lagi.Orangnye ialah Safiyyah,Zeety dan mlm Fazli.Pening kepala lo.Lu pikir senang lo.Nampak macam senangje.Tapi sebenarnya susah.Adui......... tak tau nak buat apa sekarang.Tapi sebaik ada lawatan barulah fun sikit kan,kan.Hem...semalam Safiyyah datang tidur tapi sekarang dah balik.Hem.....tak tau nak buat apa........apalah nina ni nina kena cergas dan kuat macam "Supergirl"he~.Korang macam mana ok.Kalau ok baguslah hem....ana pergi dulu ya bai......salam

Sunday, June 27, 2010

HARI LAWATAN!!

Salam ana berita baik iaitu hari lawatan!!Tak sabanye.Mula bulan julai hari bulan enam.Tau tak mana ana pergi?Hah....ana pergi Zoo negara dan Kelang Coklat Sri Kembangan.Yang ana suka adalah Zoo Negara sebab kat sana kan ada haiwan,lagipun ana kan suka tenok haiwan.Ana paling suka ialah kuda.Ana suka sangat kuda sebab dia lembut,cantik dan laju.Pasal kelang coklat tu bestla jugak sebab dapat coklatkan.Tapi tak best jugak sebab kena bayar duit.Em macam mana dengan korang?Best baguslah dan nanti kita jumpa lagi bai salam.

Saturday, June 26, 2010

SAMBUNGAN HARI ISTIMEWA

nina pergi,tak silap ana.....ana pergi Ikan Park.(tak tau nama tempat~)Best~mandi lagi.Tempat tu lagi banyak ikan.Dahla ikan yang boleh makan pulaktu.Lama la jugak.Lepastu balik...petangtu siap-siap untuk balik,sebab esok kena bertolak awal.Pagi-pagi pergi pejabat bagi kunci.Sambil tunggu feri,ana pergi kedai beli keychain 4.(~he~ banyakkan beli)Lepastu pergi tunggu feri datang.Bila feri datang,naik depan sekali.Bila dah sampai ke tempat mula-mula pergi ana terus balik.So,itulah cerita saya bai salam.

Saturday, June 12, 2010

HARI ISTIMEWA













Salam,ana dah balik.Ana balik dari Pulau Tioman.Sebernanya dah lama ana balik,tapi nak guna tu lambat.(sebab kak ana tu.....)Dah lama tak bersembang kan.Macam mana semua?Sihat? Hem... kalau sihat baguslah... ana okey je... tapi cuma tersumbat hidung~he~Ana kan pergi Pulau Tiomankan.Best sangat,boleh mandi,makan dan berjalan-jalan.Dekat sana ada banyak aktiviti seperti:


1. coral island (berjalan - jalan)
2.snorkeling(mandi laut)









Part snorkeling yang paling best.Tau tak macam mana ana boleh terapung?!!Sebab ana pakai 'Life Jackte'.Boleh terapung....best sangat lepastu pakai muka punya tutup.Ketat sangat.Bila tengok dalam laut.....memang dalam lepastu banyak ikan.Ada ikan nemo,bilis dan lain-lain lagi .Best sangat.Masa mula-mula nak turuntu memang takut sangat-sangat masatu tak pernah turun kan tulah takut sambil bergegar hati ana.Ana takut sangat nanti enta-entah tenggelam kan.Tapi ayah ana kata terapung tapi ana takut jugak.Tapi lama-lamatu ana pandailah kan.Tapi ana takut juga swimming sorang-sorang sebab ana belum biasa lagi kan.Lepastu ana jumpa kawan nama Sabrina panggil Nina ,sama kan~he~Lepastu ana beli coklat,keychain 5 ,topi dan megnet gambar.Lepastu'To Be Countinued'



Salam,semua tengok lagi sambungan dia bai-bai

Sunday, June 6, 2010

DUA HARI LAGI!!!

Salam nak tinggal dua hari lagi untuk pergi P.Tioman......tak sabar!!!Ah......!!!!!Tak sabarnya em....hoo......sabar.....sabar nina.....hoo...h.So ana kena siap-siap,happynya!!!TERIMA KASIH ABAH dan UMI sebab dah lama tak cuti.Salam dan selamat bercuti.!!!!!Bai......

Monday, May 31, 2010

PROGRAM SCIENCE^_^

Program science julai ni.Em..tak sabarlah sebab nanti buat macam-macam.Boleh buat tali bercakap,gunung berapi dan macam-macam lagi.Ana tahu nak buat gunung berapi punya buih-buih tu kan nina pandai bolehla kitaorang buat.Tapi masalahnye tak tau boleh buat ke tak yelah sebab projek camtu kan macam orang dewasa er.... kepada semua SELAMAT SEKOLAH!!bai-bai salam.

Sunday, May 30, 2010

BALIK CUTI KAMPUNG!!!

Hari ini pergi kampung.Jumpa atuk dan nenekkan.Best......boleh main dengan kucing yang nakal tu.Tapi best sangat!!.....Boleh makan banyak-banyak tapi masalahnye nak datang lambat,sebab jauhkan tidurlah ana kat belakang tukan em tapi lagi satu ni sebab panas tapi bila malam sejuk....em bai-bai salam.

Wednesday, May 26, 2010

HADIAH DARIPADA ALLAH ^_^

Assalamualaikum,hadiah daripada allah itu sangat sempurna.Antum tidak pernah rasa tak?Hah.....hadiahni kalau kita perasan bahawa hadiah ini sangat berkati sangat!Sudah tentu kitani akan menjadi orang yang tidak sabar,seperti "Nak...nak...nak!!Alah kedekutlah tanak kawan hem.....blluk....(mengeluarkan lidah).Hah kan dah kata!!!Dan contohillah sifat Nabi Muhammad iaitu bersabar...( salam dari nina)see you soon...bye...

Sunday, May 16, 2010

HARI BIRTHDAY NINA!!!

Hari birthday nina nak dekat dah hoo...hoo...ye!!!Tak sabanye tapi rasa macam ana belagaklah ana tak sukalah tapi happyla jugakkan.Tak tahulah abah dan umi ingat ke tak kan sebab nanti takda orang tahu sedihlakan kepada semua orang yang happy birthday pada bulan mei ana nak kata selamat hari jadiye bai salam warahmatullah.

Saturday, May 15, 2010

NAK DEKAT CUTI DAH!!!

Nak dekat cuti dah tak sabarlah.Tapi lama sikitlah jugak tapi sebab pergi Pulau Tiomankan mestilah gembirakan hoosh....macam nak dekat cuti,ana happy sebab 1:pergi Pulau Tioman 2:naik feri tulah best tu.Kepada antum semua selamat bercuti !heh salam sekalian.

HARI CUTI!!!

Tak sabanye pergi cuti dekat Pulau Tioman kot tapi tak saba sangat sangat.Tapi lama lagi beperapa mingguje lagi tapi best oh boleh naik feri tak sabanye yelakan cuti mestilah bestkan dalah 4 hari oohh dan ana nak cakap selamat bercuti!!!bye n salam

HARI MURABBI

Hari murabbi esok hoo hoo...tak cayalah.Ana ketua banat dan susun meja.Lagipun jangan marah ana pun susah jugak kena buat kertas tulah tapi takpa sebab ana ada 2 penolong so ana dapatlah kerja yang senang sikit.Tapi dikira susahlah jugak hem......tapi ana nak ucap selamat hari murabbi so sayang dekat guru tau jumpa lagi bai assalamualaikum.

Friday, May 14, 2010

NABI MUHAMMAD PERGI KE GUA HIRRAK

Ana nak cerita nabi muhammad pergi ke gua hirrak.Masa itu nabi muhammad tidak suka kaumnya ikut jahilliyah.Nabi muhammad ingin mengasingkan diri.Beliau pergi ke gua hirak.Beliau berzikir-zikir untuk memuji-muji allah seperti in''ya allah lindungilah ana dari kejahatan jahilliyah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan allah''(dalam bahasa melayu)semasa itu nabi muhammad berumur 40 tahun.salam ana

Friday, May 7, 2010

Palestin

Assalamualaikum,Ana mahu bertanya bertajuk Pelestin dalam bahaya!Antum cuba bayangkan kita ni orang palestin tentu kita sedihkan takda ibu/ayah, kena cedera yang pedih sangat takda duit,laparkan antum tidak pernahkah rasa begitu itu bermaksud kita bukan orang islam walaupun gelaran kita orang islam.kepada rakan-rakan semua bertabunglah atau berdoalah kepada orang-orang palesti ini assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatu.

Thursday, May 6, 2010

HARI PEPERIKSAAN!!

Hari Peperiksaan sudah BERMULA!Bulan:MEI bulan ini.Takutnya tapi sabar,sabar nina.Kena belajar bersungguh-sungguh!Kepada semua rakan-rakan belajar bersungguh-sungguhye hehe kepada rakan kesayangan nina ialah Zuhairah,Safiyyah dan Aliya belajar bersungguh-sungguhye nina pun samaye hehe lagi dan nina sayang semua kawan-kawanye INSYAALLAHya!!!

Tuesday, May 4, 2010

PEKENALAN ANA.

Assalamualaikum,ana nina ana baru buat BLOG.Ana happy sangat!!Alhamdulillah!Ana darjah dua ana anak bongsu,ana ada tiga kakak dan dua lelaki.Ana sekolah Al-AMIN BANGI.

Kakak saya sorangtu ialah Izyana,kakak ana berumur 18 tahun ,kakak anakan banyak melancongtau mula-mula pergi Sarawak,PLKN lepas itu pergi UNEVERSITI pening kepala betullah